Hanya Mengharap KeredhaanNya
Sunday, 17 December 2017
Learning To Accept
Sunday, 22 March 2015
Doa
Perpisahan bukan kehendak kita ttp ianya kehendak Allah. Sungguh Dia lebih Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya. Di setiap doaku, terbitlah namamu. Ku tidak berharap cuma ku yakin suatu saat Allah pertemukan jua. Redha dan tawakkal. Doaku diselebungi dengan kerinduan. Sabarlah wahai diri dalam menyintai seseorang dari jauh.
Wednesday, 18 March 2015
Bermujahadah kerana Allah
Allahu Rabbi, berikan petunjukMu
Jangan biarkan aku bersendirian . Aku tak mampu menanggungnya seorang diri.
Ya Allah, jangan biarkan aku merindui makhlukMu lebih daripada aku merindui Mu dan RasulMu.
Hatiku getar bila aku berjauhan denganMu. Aku tak mahu. Aku takut jika aku berjauhan denganMu .
Senangnya aku terleka dengan dunia ini. Aku tak kuat ya Allah. Ya Allah, hadirkanlah rasa cintaku ini hanya untuk Mu Ya Allah. Lemah rasanya diri ini bila memikirkan soal hati. Aku merelakan dia pergi keranaMu maka itu tetapkanlah pendirianku .
Monday, 16 March 2015
Dirimu
Ku terus berdoa untuk mu.
Tanpa pernah kenal erti putus asa.
Terus berdoa meskipun tiada jaminan.
Mungkin dirimu sudah lenyap perasaan terhadapku. Aku tidak tahu. Tetapi selagi hati menyebut namamu, engkau tetap bertahta di doaku.
Adakah engkau masih menjaga batasanmu? Adakah engkau masih berpegang teguh dengan ajaran Allah?
Adakah engkau masih pegang pada Al-Quran dan As-Sunnah?
#rindu
Jujur aku tidak kuat
Apa erti sabar jika diri mengeluh
Apa erti sabar jika diri rasa penat
Apa erti sabar jika air mata turus menitis
Apa erti sabar jika hati tk lagi kuat
Apa erti sabar jika iman tidak sehebat mana
Rindu pada Illahi.
Ingin sangat berjumpa dengan Illahi.
Ingin memeluk baginda, Rasulullah s.a.w.
Allah, tabahkan diri ini mengharungi ujianMu.
Pujuk hati jangan menangis.
Pujuk hati dekatkan diri dengan Allah.
Pujuk hati jangan pernah kenal erti lelah.
Sunday, 15 March 2015
Izinkan aku melafazkan kata
Layakkah diri ini menjadi wanita solehah?
Layakkah diri ini menjejakkan kaki ke Tanah suci kota mekah Mu?
Layakkah diri ini mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. ?
Layakkah diri ini merasakan SyurgaMu, Ya Rabb?
Layakkah ?
Aku mendambakan kasihMu Ya Rabb.
Aku dahagakan cintaMu dan RasulMu.
Teguhkanlah imanku terhadapMu.
Teguhkanlah pendirianku untuk menjadi muslimah solehah.
"Iman bukanlah penjara di jiwa yang selamanya bersembunyi tetapi kemerdekaan yang hakiki"