Sunday, 22 March 2015

Doa

Perpisahan bukan kehendak kita ttp ianya kehendak Allah. Sungguh Dia lebih Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya. Di setiap doaku, terbitlah namamu. Ku tidak berharap cuma ku yakin suatu saat Allah pertemukan jua. Redha dan tawakkal. Doaku diselebungi dengan kerinduan. Sabarlah wahai diri dalam menyintai seseorang dari jauh.

Wednesday, 18 March 2015

Bermujahadah kerana Allah

Astarghfirullah. Astarghfirullah. Astarghfirullah.
Seringkali diri ini berpesan untuk beristighfar mengingati Allah swt. 
Rasanya diri ini tak tertanggung merasakan rindu kpd si dia.
Allahu rabbi. Aku ingin menghafaz Al-Quran. Bantulah aku ya Rabb.
Wallahi diri ini tak berdaya. Jauhi hamba dari godaan syaitan. Jauhi hamba dari hawa nafsu hamba sendiri. Pimpinlah daku untuk menjadi muslimah solehah. ;'(

Allahu Rabbi, berikan petunjukMu

Wallahi, aku tidak kuat ya Rabb.
Jangan biarkan aku bersendirian . Aku tak mampu menanggungnya seorang diri.
Ya Allah, jangan biarkan aku merindui makhlukMu lebih daripada aku merindui Mu dan RasulMu.
Hatiku getar bila aku berjauhan denganMu. Aku tak mahu. Aku takut jika aku berjauhan denganMu .
Senangnya aku terleka dengan dunia ini. Aku tak kuat ya Allah. Ya Allah, hadirkanlah rasa cintaku ini hanya untuk Mu Ya Allah. Lemah rasanya diri ini bila memikirkan soal hati. Aku merelakan dia pergi keranaMu maka itu tetapkanlah pendirianku .

Monday, 16 March 2015

Dirimu

Ku terus berdoa untuk mu.
Tanpa pernah kenal erti putus asa.
Terus berdoa meskipun tiada jaminan.
Mungkin dirimu sudah lenyap perasaan terhadapku. Aku tidak tahu. Tetapi selagi hati menyebut namamu, engkau tetap bertahta di doaku.

Adakah engkau masih menjaga batasanmu? Adakah engkau masih berpegang teguh dengan ajaran Allah?
Adakah engkau masih pegang pada Al-Quran dan As-Sunnah?

#rindu

Jujur aku tidak kuat

Apa erti sabar jika diri mengeluh
Apa erti sabar jika diri rasa penat
Apa erti sabar jika air mata turus menitis
Apa erti sabar jika hati tk lagi kuat
Apa erti sabar jika iman tidak sehebat mana

Rindu pada Illahi.
Ingin sangat berjumpa dengan Illahi.
Ingin memeluk baginda, Rasulullah s.a.w.
Allah, tabahkan diri ini mengharungi ujianMu.

Pujuk hati jangan menangis.
Pujuk hati dekatkan diri dengan Allah.
Pujuk hati jangan pernah kenal erti lelah.

Sunday, 15 March 2015

Izinkan aku melafazkan kata

Layakkah diri ini memiliki kebahgiaan di dunia?
Layakkah diri ini menjadi wanita solehah?
Layakkah diri ini menjejakkan kaki ke Tanah suci kota mekah Mu?
Layakkah diri ini mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. ?
Layakkah diri ini merasakan SyurgaMu, Ya Rabb?
Layakkah ?

Aku mendambakan kasihMu Ya Rabb.
Aku dahagakan cintaMu dan RasulMu.
Teguhkanlah imanku terhadapMu.
Teguhkanlah pendirianku untuk menjadi muslimah solehah.

"Iman bukanlah penjara di jiwa yang selamanya bersembunyi tetapi kemerdekaan yang hakiki"

Wednesday, 11 March 2015

Menahan kesakitan selagi mampu

Hari semakin hari badan ini semakin sakit. Pergerakkanku mula terhad. Kerap kali setiap malam diri ini tak mampu tidur dengan betul kerana kesakitan yang ku alami ini. Tetapi untuk bukanlah penghalangku untuk meneruskan kehidupanku dan beribadah kpd Allah. Aku hanya berharap untuk senantiasa dekat dengan Allah. Allah lah segala galanya untukku.

Tuesday, 10 March 2015

Bisikan Nurani

Wahai yang belum halal untukku,
Ku memandangmu dari jauh dan ku sentiasa memanjatkan doa buatmu
Mungkin ku tidak mengenal mu secara keseluruhannya tetapi akhlakmu dan ketaqwaan dirimu merantai jiwaku. Meskipun tiada perjanjian di antara kita dan menyerahkan segalanya kepada Allah, ku pohon agar suatu hari nanti aku dipertemukan juga denganmu. Aku melepaskanmu di jagaan Allah kerana aku tak sanggup rasanya menanggung kerinduan yang belum tentu diredhai. Biarlah masa menentukan sama ada engkau adalah yang terbaik buatku ataupun tidak. Dalam diam, diri ini masih setia menunggu dan pertahankan amanah suci ini.
Wahai yang belum halal untukku,
jika suatu hari nanti Allah mengizinkan kita bersama, aku ingin menjadi bidadari dalam hidupmu, membahagiakan dirimu. Andai aku mampu melafazkan, "duhai imamku". Selagi aku dapat memendam perasaan ini, akan ku jaga dengan baik. Engkau telah mengubah diri ini untuk menjadi muslimah solehah, kerana itu aku tahu engkau mampu menjadi imamku dan seorang lelaki yang soleh dan beriman. Wallahi, aku menantikan kehadiranmu. Kerana batasan, adat dan syariat menguji kekuatan keteguhan iman insan yang berkasih.

Kerana aku sayangkanmu, aku melepaskanmu.
Kerana aku mencintaimu kerana Allah, aku ingin jauhkan mu dari azab Allah
Kerana aku kasih padamu, aku mendoakanmu setiap saat
Hanya Allah mengetahui keikhlasan hati ini.

Allah lebih Maha Mengetahui Segalanya.

Wednesday, 25 February 2015

Bukan milikku

Kerinduan membara bila perpisahan berlaku. Meskipun perpisahan itu untuk kebaikan kami berdua, hati masih lagi terasa sayu. Ku mula sedar. Dia bukan milikku untuk aku berpegang teguh. Hati ini begitu lemah dan ternyata cintaku untuk Pencipta belum lagi kuat. Diri ini rasa malu. Tk layak untuk dicintai dan mencintai. Diri ini tidak dpt menafikan bahawa kehadiranmu begitu bermakna untukku. Masih lg disini senantiasa menantikanmu, mendoakanmu dan sabar dengan perpisahan ini. Andai kau tahu ......