Wahai yang belum halal untukku,
Ku memandangmu dari jauh dan ku sentiasa memanjatkan doa buatmu
Mungkin ku tidak mengenal mu secara keseluruhannya tetapi akhlakmu dan ketaqwaan dirimu merantai jiwaku. Meskipun tiada perjanjian di antara kita dan menyerahkan segalanya kepada Allah, ku pohon agar suatu hari nanti aku dipertemukan juga denganmu. Aku melepaskanmu di jagaan Allah kerana aku tak sanggup rasanya menanggung kerinduan yang belum tentu diredhai. Biarlah masa menentukan sama ada engkau adalah yang terbaik buatku ataupun tidak. Dalam diam, diri ini masih setia menunggu dan pertahankan amanah suci ini.
Wahai yang belum halal untukku,
jika suatu hari nanti Allah mengizinkan kita bersama, aku ingin menjadi bidadari dalam hidupmu, membahagiakan dirimu. Andai aku mampu melafazkan, "duhai imamku". Selagi aku dapat memendam perasaan ini, akan ku jaga dengan baik. Engkau telah mengubah diri ini untuk menjadi muslimah solehah, kerana itu aku tahu engkau mampu menjadi imamku dan seorang lelaki yang soleh dan beriman. Wallahi, aku menantikan kehadiranmu. Kerana batasan, adat dan syariat menguji kekuatan keteguhan iman insan yang berkasih.
Kerana aku sayangkanmu, aku melepaskanmu.
Kerana aku mencintaimu kerana Allah, aku ingin jauhkan mu dari azab Allah
Kerana aku kasih padamu, aku mendoakanmu setiap saat
Hanya Allah mengetahui keikhlasan hati ini.
Allah lebih Maha Mengetahui Segalanya.
No comments:
Post a Comment